Headlines News :
Home » » Sokong Usaha Penduduk

Sokong Usaha Penduduk

Written By Scud on Thursday, July 1, 2010 | 11:30 AM

KUALA LUMPUR 30 Jun - Empat tahun lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan arahan supaya Jalan Kampung Palimbayan di Sungai Penchala dekat sini tidak dijadikan jalan awam.

Seiring dengan arahan itu, DBKL meletakkan batu penghadang di penghujung jalan itu sebagai tanda ia hanya untuk kegunaan penduduk kampung tersebut. Namun, berikutan pembangunan pesat di sekitar kawasan itu, pemaju di kawasan berhampiran bertindak mengalihkan batu itu dan menjadikan jalan kampung yang sempit untuk kegunaan semua.

Ini bertujuan memudahkan penduduk di kawasan pembangunan baru itu iaitu sekitar kawasan Manjalara keluar ke Damansara dan sebaliknya. Lebih dari itu, ia dikatakan dijadikan tarikan untuk menjual hartanah di kawasan itu kerana penduduk di perumahan elit di situ dapat mengelakkan daripada membayar tol di Plaza Tol Penchala.

Namun, kepada kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Palimbayan dan Sungai Penchala, pembukaan jalan benar-benar menyusahkan mereka. Selain itu, katanya, pembukaan jalan tersebut dilihat lebih membawa kelebihan kepada pihak pemaju perumahan dan bukannya kepada penduduk kampung.

Katanya, penduduk Palimbayan dan Sungai Penchala tidak boleh menggunakan jalan berkenaan untuk keluar masuk ke kawasan Manjalara, Desa Parkcity dan Country Height kerana kawasan-kawasan itu berpagar.

Malah, sejak jalan tersebut dibuka hampir sebulan yang lalu, banyak kenderaan keluar masuk di sini sehingga mengancam keselamatan penduduk di sini terutamanya kanak-kanak yang gemar bermain berhampiran jalan raya.

"Sebelum ini, kami tidak bimbang kerana jalan di sini hanya digunakan oleh penduduk yang semuanya tahu keadaan di sini dan tidak akan membawa kenderaan dengan laju.

Dakwaan penduduk itu bukan direka-reka kerana sudah berlaku beberapa kemalangan malah sehingga meragut nyawa semenjak jalan tersebut dibuka.

Tinjauan Utusan Malaysia di kampung berkenaan mendapati, ia masih dipenuhi dengan pokok menghijau dan keadaannya tenang dan aman seperti kampung-kampung tradisional yang lain.

"Sudah tentu dengan kehadiran banyak kenderaan yang keluar masuk di sini akan menjejaskan kualiti udara di sini. "Semakin banyak asap dan debu yang terhasil apabila banyak kenderaan memasuki kampung ini dan kami berasa terganggu dengan keadaan itu,"

Dalam pada itu, penduduk Kampung Palimbayan tidak menghalang sekiranya penduduk di kawasan perumahan elit berdekatan ingin melakukan aktiviti riadah seperti pendakian, berjoging dan berjalan kaki di kawasan kampung mereka.

"Malah, jika mereka ingin beriadah kerana udara di sini lebih bersih dan segar, kami tiada halangan dalam perkara tersebut. Tetapi kami tidak mahu jalan tersebut dibuka untuk laluan kenderaan mereka," kata penduduk.

Sumber: Utusan Malaysia

TE memang sokong benor usaha penduduk kampung berkenaan. Buat apa kita bagi muka pada orang orang kaya ini. Mereka semuanya berlagak dan perasan bagus sahaja.

Lagipun mereka gunakan jalan kampung semata mata nak elak membayar tol. Sedangkan mereka mampu duduk dirumah rumah elit dan mewah. Inilah dikatakan orang kaya celako. Duit banyak berkoyan koyan tetapi kedekut!

Harap pihak berwajib dapat membantu penduduk kampung ini. Dengarlah rintihan mereka daripada melayan segala kehendak orang orang kaya yang berpoket tebal.
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger