Headlines News :
Home » , » MAIWP Bina Rumah

MAIWP Bina Rumah

Written By Scud on Thursday, July 7, 2011 | 3:15 AM

KUALA LUMPUR 5 Julai - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membina sebuah rumah untuk golongan saudara baru bagi membolehkan golongan itu mendalami agama Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, rumah itu bakal memberi pendedahan dengan lebih terperinci kepada golongan mualaf dalam usaha membentuk kekuatan sahsiah peribadi sebagai seorang insan Muslim.

"Ia merupakan yang pertama di Malaysia, yang mana dengan adanya rumah ini nanti, kita akan menyediakan sukatan pendidikan untuk mereka seperti ilmu amalan-amalan fardu terutamanya sembahyang, bacaan al-Quran serta pendedahan mengenai puasa kepada saudara baru kita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan galakan hafaz al-Quran di sini, hari ini. - Bernama
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger