Headlines News :
Home » » Kehancuran PKR Bakal Menaikkan BN ?

Kehancuran PKR Bakal Menaikkan BN ?

Written By Scud on Wednesday, March 3, 2010 | 8:53 PM

Keluarnya ahli MP PKR semakin menjadi jadi. Pelbagai masalah dalaman menyebabkan PKR ditinggalkan. Tetapi itu tidak membuatkan pembangkang lemah. Masih ada kerusi parlimen diduduki oleh DAP dan PAS.

Walaubagaimanapun, semua ini boleh diambil semula BN sekiranya rakyat tidak dibebankan dengan pelbagai masalah berkaitan kewangan. Cerita kenaikan tol dan elektrik baru baru ini sudah mencetuskan rasa gelisah dikalangan rakyat.

Rakyat sentiasa melihat dan menilai prestasi kerajaan. DS Najib sudah berusaha menarik rakyat untuk kembali menyokong BN. Jangan hancurkan usaha ini dengan kenaikan tol dan elektrik. Mengapa rakyat harus dilibatkan dengan masalah perjanjian antara kerajaan dan konsesi lebuhraya.

Sudahlah rakyat terpaksa membayar cukai jalan sedangkan jalan macam gampang. Minyak juga mahal sehingga mencecah 2 ringgit seliter. Dan sekarang tol pula. Walaupun dikenakan tol, tetapi jalanraya tetap sesak apabila diwaktu puncak.

TNB juga mengemukakan pelbagai alasan seperti kenaikan harga minyak, arang batu dan gas. Podah! Siapa suruh bergantung kepada teknologi lama. Sepatutnya TNB sudah memulakan usaha menggunakan teknologi solar. Negara kita mendapat cahaya dan haba yang terlebih cukup! Semua ini alasan semata mata untuk mendapatkan keuntungan lebih.

Kedua hal ini amat penting untuk menjaga kedudukan BN sebagai pemerintah di Malaysia ini. Sekiranya kerajaan gagal melihat kedua isu ini, jangan salahkan rakyat sekiranya BN ditumbangkan di PRU 13 nanti.

Jangan ulangi kesilapan PakLah dahulu. Dahulu BN mendapat momentum yang begitu baik semasa PRU 11 sehingga hampir menendang PAS dari Kelantan. Tetapi kemenangan bergaya itu membuatkan ramai pemimpin BN berasa angkuh dan akhirnya BN dimalukan.
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger