Headlines News :
Home » » Solat Hajat Gempak

Solat Hajat Gempak

Written By Scud on Thursday, March 4, 2010 | 6:05 PM

Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah. Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.



“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

Pendapat Saya: Perjuangan apa? Perjuangan politik PAS? Buatlah 7 tahun sembahyang hajat sekalipun, kalau tidak diperkenankan oleh Allah s.w.t, tak akan menjadi apa.

Dan kalau Allah perkenankan permintaan kamu, dosanya kamu akan tetap tanggung. Setiap permintaan sama ada baik atau buruk insyallah akan dapat. Tetapi itulah, semuanya ada balasan.

Berdoa untuk menganiaya orang lain, walaupun makbul, orang yang berdoa akan tetap menanggung dosa. Jangan mendabik dada dengan sembahyang hajat kamu semua, kalau ianya hanya bertujuan untuk menganiaya orang lain.

Hari ini kamu menganiaya orang, esok lusa orang lain akan menganiaya kamu dan anak cucu kamu. Allah s.w.t itu Maha Adil. Setiap perbuatan akan dibalasNya sama cepat ataupun lambat.
Share this article :

2 comments:

YANG GAMBI said...

Biasalah bro, puak-puak PAS ini yang sejak dari dulu menonjolkan kewarakan kepada orang Melayu Islam dalam kampung-kampung.... itulah sahaja modal dia orang....

Anonymous said...

Kadang kadang tindakan mereka jelas bercanggah dari islam tapi malang masih ada yang ikut.

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger