Za’ba
Sebutir mutiara
Menyilau kepekatan alam fana
membina dan mengasuh pohon peribadi
cekal bertakwa dan bijaksana
Za’ba
Bintang bahasa
Menyinar seluruh cakerawala
Bangsa berwibawa petah bicara
Hujah bertatacara dan perkasa
Za’ba
Lentera cendekia
Mengerlip di lading sukma
Mewangi citra mengasuh daya
Memugar bestari bangsa sendiri
Meyuluh jati diri sejati
Za’ba
Mata neraca
Menyerkup sengsara memerdekakan bangsa
Usah lagi dibelenggu dera derita
Bangkit bangkitlah menggempur potensi
Kejayaan perjuangan di genggaman sendiri
Za’ba
Mengkritik kaumnya dengan niat mulia
Agar gah menangkis alpa
Menilai diri menjejak realiti
Usah lagi nyenyak bermimpi
Di pusaka sendiri
Za’ba
Pedas dan tangkas,cerdas dan tegas
Menyedarkan insan mengalah tewas
Ketika yang lain tertawa puas
Sedangkan bangsanya lemah mengalah
Sebelum bermula mengatur langkah
Kerana Za’ba ialah Za’ba
Anugerah kurniaan Yang Maha Esa
Roh dan cahaya ribuan bintang mutiara
Rela setia menggemilangkan bangsa
Marilah kita kembali menyusun strategi
Bersepadu mencerna hala yang direntas
Bangsa kita tidak lagi tertindas
Ayuh !!
Kita harumkan kasih sepakat
Teguh berkorban keringat nan berkat
Memacu ilmu lampu beramal
Suci niat teguh bersemangat
Beriman berusaha sebelum pasrah
Bangsa kita bangsa yang hebat
Bermaruah dan bermartabat !
Mahaya Mohd Yassin
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
11 September 2001
Sebutir mutiara
Menyilau kepekatan alam fana
membina dan mengasuh pohon peribadi
cekal bertakwa dan bijaksana
Za’ba
Bintang bahasa
Menyinar seluruh cakerawala
Bangsa berwibawa petah bicara
Hujah bertatacara dan perkasa
Za’ba
Lentera cendekia
Mengerlip di lading sukma
Mewangi citra mengasuh daya
Memugar bestari bangsa sendiri
Meyuluh jati diri sejati
Za’ba
Mata neraca
Menyerkup sengsara memerdekakan bangsa
Usah lagi dibelenggu dera derita
Bangkit bangkitlah menggempur potensi
Kejayaan perjuangan di genggaman sendiri
Za’ba
Mengkritik kaumnya dengan niat mulia
Agar gah menangkis alpa
Menilai diri menjejak realiti
Usah lagi nyenyak bermimpi
Di pusaka sendiri
Za’ba
Pedas dan tangkas,cerdas dan tegas
Menyedarkan insan mengalah tewas
Ketika yang lain tertawa puas
Sedangkan bangsanya lemah mengalah
Sebelum bermula mengatur langkah
Kerana Za’ba ialah Za’ba
Anugerah kurniaan Yang Maha Esa
Roh dan cahaya ribuan bintang mutiara
Rela setia menggemilangkan bangsa
Marilah kita kembali menyusun strategi
Bersepadu mencerna hala yang direntas
Bangsa kita tidak lagi tertindas
Ayuh !!
Kita harumkan kasih sepakat
Teguh berkorban keringat nan berkat
Memacu ilmu lampu beramal
Suci niat teguh bersemangat
Beriman berusaha sebelum pasrah
Bangsa kita bangsa yang hebat
Bermaruah dan bermartabat !
Mahaya Mohd Yassin
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
11 September 2001
0 comments:
Post a Comment