Pengerusi Yayasan Pahang, YAB Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob semalam sempat bertemu dengan perwakilan dari Bahagian Bentong. Pertemuan itu juga boleh dianggap yang pertama sejak beliau pulang dari Jordan untuk mengambil Anugerah Kedoktoran dalam bidang Pendidikan. Maklumlah, beliau juga dahulunya merupakan seorang anggota pendidik dan pernah mengajar sebelum menjadi wakil rakyat.
Selain mengingatkan ahli UMNO di Bahagian Bentong tentang keutamaan ilmu pengetahuan, beliau juga sempat menyatakan peranan Yayasan Pahang yang diterajui oleh beliau. Yayasan Pahang selama ini telah banyak membantu anak - anak Negeri dalam bidang pendidikan dan ianya tidak dapat disangkalkan.
Jika dahulu, pendapatan yang diperolehi oleh pihak Yayasan adalah melalui hasil pembalakkan. Namun memandangkan balak di Pahang ketika ini kebanyakkannya masih muda, maka pihak Yayasan sudah memulakan satu lagi projek lain bagi mendapatkan sumber pendapatan iaitu peladangan kelapa sawit. Ianya bagi memastikan kelansungan bantuan kewangan kepada anak - anak Pahang dalam pendidikan dapat diteruskan.
Maka bagi Semut, pendapat sesetengah pihak bahawa hanya sesetengah orang sahaja yang dapat menikmati hasil balak adalah salah sama sekali. Hasil balak Pahang dikongsi bersama semua anak - anak Negeri Pahang melalui bidang pendidikan yang tidak perlu dijelaskan sebesar mana perbelanjaannya. Jadi, rasanya perkara ini tidak lagi perlu menjadi spekulasi dan modal buat pembangkang kerana jelas Yayasan Pahang menggunakan sumber kewangan itu untuk membantu rakyat. Bukan sebaliknya. Wallahualam.
Sumber: Semut Hitam
Sumber: Semut Hitam
2 comments:
Yelah tu, berkongis - tapi siapa dapat pega dan siapa pula hanya dapat kuah? Berapa banyak yang dapat kepada anak mengeri sebagai pelajar per-seorang dan berapa yang ditelan oleh pemimpin per-seorang?
Yelah tu, berkongis - tapi siapa dapat peha dan siapa pula hanya dapat kuah? Berapa banyak yang dapat kepada anak negeri sebagai pelajar per-seorang dan berapa yang ditelan oleh pemimpin per-seorang?
Post a Comment