Tambahnya, dalam isu kes liwatnya itu beliau turut mendapat sokongan daripada bekas Presiden Indonesia, B.J Habibi selain 58 Ahli Parlimen Australia. "Minggu lalu saya pergi ke Qatar, Perdana Menteri, Syeikh Hamad jemput saya. Peluk saya dan bagi sokongan. Perdana Menteri Turki, (Recep Tayyip Erdogen) peluk saya dan dengan sedih berkata, saya menyokong kamu.
"Hillary Clinton (Setiausaha Amerika Syarikat) ketika di Qatar, apabila dia nampak saya dia terus bangun dan salam. Saya ingat kalau peluk, saya pun OK tetapi dia tidak peluk saya, kalau dia peluk, nanti Utusan Malaysia akan ambil gambar.
"Saya nak tanya dia bagaimana keadaan Clinton (bekas Presiden Amerika Syarikat) kerana membuat pemeriksaan jantung. Tetapi belum sempat saya bertanya, dia kata sebenarnya kami bersama anda Anwar, kami berjuang untuk keadilan," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Menengah Kian Kok dekat sini hari ini.
Pendapat Saya: Dah jelas sangat Anuar ini ada mempunyai suatu "hubungan intim" dengan negara negara barat. Sehingga kalau boleh dia nak Hillary Clinton peluk dia. Apalah nak jadi dengan Anuar ni.
Anuar harus bertaubat. Sokongan ramai orang bukan bererti kita tak bersalah. Kita boleh renungkan suatu perkara, adakah di hadapan Allah nanti, mereka ini semua masih mahu dan boleh meyokong Anuar? Sudah tentu mereka yang kafir ini semua akan dicampak kedalam neraka. Dan Anuar juga boleh dicampak sama sekiranya dia masih belum mahu bertaubat.
Kelantan Pengeksport Pekerja Asing 2012
Kelantan tidak harus menjadi negeri yang berterusan 'mengeksport' rakyatnya ke negeri-negeri lain untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai sektor.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ekonomi negeri perlu dijanakan dengan pelbagai sumber yang boleh dimanfaatkan untuk membuka peluang pekerjaan.
Katanya, fenomena rakyat negeri ini mencari rezeki di luar Kelantan begitu ketara berbanding negeri-negeri lain dan ia boleh dilihat dengan jelas apabila tiba musim perayaan.
"Kita dapat menyaksikan kebanjiran anak negeri yang bekerja di luar yang pulang ke kampung halaman masing-masing apabila seluruh jalan sesak dengan kenderaan dan begitu juga melalui penerbangan.
sumber:Utusan Malaysia
Pendapat Saya: Haa elok sangatlah tu. Selepas ini bolehlah Kelantan bersaing dengan Indonsia mengeksport rakyatnya untuk bekerja diluar negara. Inilah jadinya apabila kerajaan PAS tidak mampu memerintah. Baru perintah 1 negeri, rakyat Kelantan dieksport merata rata. Kalau memerintah Malaysia, memang naya rakyat negara ini nanti.
1 comments:
Inilah mainan Anwar.Standard beb.Ini sambungan episod 1998, dimana makhluk ni gunakan orang luar utk Back up dia. Seperti yang kita semua maklum, kebaikan clinton or sesiapa pn pemimpin luar,semuanya kerana mahukan anwar jd pm agar mudah mereka mengaut keuntungan jutaan ringgit dr kekayaan Malaysia.
Malaysia sememangnya Kaya beb! Itu pasal Jepun sanggup menentang British utk menguasai Tanah Melayu satu tika dulu.
Post a Comment