Headlines News :
Home » »

Written By Scud on Wednesday, February 24, 2010 | 7:42 PM

Dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran polis kerana memberi penjelasaan terhadap isu pertuduhan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di soal siasat polis di Parlimen berhubung kenyataan mereka pada ceramah di Seberang Jaya Pulau Pinang 7 Februari lalu.

Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai hasutan bagi menghalang rakyat daripada mengetahui fakta-fakta di sebalik pertuduhan fitnah liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

sumber : anwar blog

Ulasan saya: Adalah patut tindakan pihak polis menyoal mereka. Jika sesuatu kes masih dijalankan di mahkamah, orang awam atau tertuduh tidak boleh membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai kes tersebut. Ini kerana ianya boleh menganggu prosiding kes terbabit.

Sebagai golongan "terpelajar", adalah tidak patut mereka menuduh pihak polis sedemikian. Mereka sebenarnya tahu yang tindakan mereka adalah salah. Tetapi kerana mahu menegakkan benang yang basah, mereka sanggup menipu dan mereka reka cerita.

Pihak polis harus bertindak tegas keatas mereka yang berani mencabar undang undang negara. Tindakan segelintir ahli politik negara ini jelas membelakangkan undang undang negara. Ternyata mereka sanggup membuat apa sahaja asalkan kehendak mereka dipenuhi.
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger