Headlines News :
Home » » Masih Belum Insaf - Bella Derhaka

Masih Belum Insaf - Bella Derhaka

Written By Scud on Thursday, February 25, 2010 | 1:37 PM

APAKAH keinsafan benar-benar bersarang di hati Bella atau pemilik nama Salsabila Yunan, gadis bawah umur yang baru tiba dari Lombok, Indonesia kelmarin.Tangisannya pilu sebaik sahaja memandang bapanya, Yunan Mat Ayat, 77. Namun begitu, tidak ternampak penyesalan pada raut wajah pelakon kurang dikenali ini.


Anak Derhaka !

''Tak rasa nak balik, tapi terpaksa, nak jumpa ayah," ujarnya kepada pemberita di pekarangan balai ketibaan antarabangsa Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang. Sepanjang bersua muka dengan bapa dan kakaknya, Farida, Bella tidak habis-habis bertanyakan nasib suaminya di sana. Kelihatan dia langsung tidak terdetik memikirkan masa depan dirinya sendiri

Kalau tidak kerana pertolongan dan belas ihsan Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh, tidak tahulah apa nasib Bella sekarang. Yang pasti, dia sedang meringkuk dalam penjara di Indonesia.

Muhd. Khairun, 32, merupakan seorang anak muda yang mempunyai keazaman yang cukup tinggi. Beberapa jam sebelum menyusuri lebuh raya ke LCCT dari pejabatnya di Kuala Lumpur, Muhd. Khairun berkongsi pengalamannya dengan penulis sewaktu menjejakkan kaki di Lombok pada tahun lalu untuk membawa pulang beberapa gadis Melayu bawah umur senasib Bella.

''Apabila sampai di Mataram, Lombok, saya terkejut apabila mendapati pusat tahanan imigresennya dipenuhi dengan pendatang haram dari Malaysia. ''Kebanyakannya gadis-gadis Melayu yang terjebak dengan masalah sosial kerana hendak berkahwin dengan pemuda di sana. Memang geram apabila reputasi Malaysia dirosakkan semata-mata kerana isu ini," katanya.

Maklumat lanjut klik sini

Ulasan Saya : Bella ini sebenarnya masih belum insaf. Dia sebenarnya memang tidak mahu pulang tetapi dipaksa. Kalau begini, lebih baik dia ditinggalkan saja disana. Buat apa ditolong. Lebih baik menolong orang yang benar benar insaf sahaja.

Selepas ini kerajaan harus bertindak tegas. Lucutkan hak kenegaraan bagi mereka yang berkahwin lari bersama orang asing. Ini adalah patut untuk mengelakkan masalah sebegini berulang. Selain itu untuk mengelakkan keturunan pendatang asing daripada mendapat hak kerakyatan di Malaysia.
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger