Headlines News :
Home » » Memberi makanan percuma

Memberi makanan percuma

Written By Scud on Saturday, February 27, 2010 | 11:28 AM

KOTA BHARU 26 Feb. - Suatu pemandangan yang berbeza di perkarangan Pejabat Bulan Sabit Merah (BSM) negeri Kelantan di Jalan Mahmood di sini pada setiap hari Khamis dan Ahad sejak awal bulan lalu. Menjelang tengah hari seorang demi seorang, kebanyakan warga emas memasuki pekarangan premis di situ, sebilangannya penarik beca dan deretan kenderaan yang agak usang itu memenuhi ruang pinggir jalan.


Hampir seratus orang kalangan fakir miskin di sekitar bandar ini di samping musafir yang keputusan perbelanjaan menikmati juadah yang dihidangkan. Bagi mereka, ia sungguh enak dengan sesekali menu tom yam, telor, gulai daging, ikan masak kicap dan pencuci mulut yang jarang mereka kecapi di rumah.

Syarikat Systematic Conglomerate Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Pengerusi BSM Kelantan, Dr. Wan Azhar Wan Ali dan rakannya, Datuk Amanullah Muhamed Yusoof memperuntukkan RM500 seminggu sepanjang tahun ini bagi tujuan itu.

''Idea ini dicetuskan oleh Dr. Wan Azhar memandangkan ramai mereka yang berada di pusat bandar terutama yang mencari rezeki kais pagi makan pagi, terpaksa mengikat perut," katanya. "Program ini diadakan setiap dua kali seminggu iaitu Ahad dan Khamis, bermula pukul 12.30 tengah hari sehingga pukul 3 petang bagi keperluan 100 orang dengan kos RM2.50 seorang.

Sumber : Utusan Malaysia

Ulasan Saya : Perkara sebegini memang patut diamalkan oleh umat islam. Menjadi tuntutan kepada kita semua untuk memberi makan kepada fakir miskin. Sedangkan NGO lain yang bukan islam seperti FNBKL (klik sini) telah lama mempraktikkan cara sebegini.


FNBKL

Sebagai umat islam yang tinggal dinegara islam, adalah patut kerajaan menyalurkan sedikit dana untuk program sebegini. Cukup memalukan sekiranya kutipan zakat didedahkan berjuta juta ringgit setahun tetapi bantuan kepada umat islam fakir hanyalah setakat seratus dua sebulan.

Saya harap kerajaan khususnya UMNO dapat melihat program sebegini dan jalankannya sebagai kewajipan kepada masyarakat.



UMNO kan juara rakyat. Takkan program sebegini tak mampu nak buat, betul tak :)
Share this article :

1 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, semoga Allah mengurniakan ganjaran kepada hamba yg pemurah ini.......InsyaAllah.

Bro, jangan kita hanya pandang kepada UMNO sahaja, cuba kita fikir berapa ramai jutawan, ushawan, kontraktor yg mendapat kesenangan, kekayaan hasil dari UMNO, mereka-mereka inilah yg sepatutnya menghulur sumbangan sebegini....... mana perginya mereka ?

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger