Headlines News :
Home » » Jahatnya JKR Raub

Jahatnya JKR Raub

Written By Scud on Monday, March 29, 2010 | 9:25 AM

KUALA KUBU BHARU: Harapan penduduk mengekalkan seni bina rumah sarat dengan nilai sejarah zaman penjajahan British berdekatan Bukit Fraser di sini, musnah apabila dirobohkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub, Pahang di sini, baru-baru ini.

Malah, tindakan pihak berkenaan merobohkan lima daripada tujuh rumah yang dijadikan kuarters pekerja berusia lebih 100 tahun itu, turut dipersoalkan beberapa pihak termasuk Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Ahli MDHS, Chua Yee Ling, berkata JKR sepatutnya berbincang terlebih dulu bagi mendapat persetujuan majlis itu sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum mengambil tindakan merobohkan bangunan bersejarah berkenaan.

Baca selanjutnya klik sini

Inilah yang dikatakan pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar. Bila suruh buat kerja, lain yang dibuat. Sebenarnya JKR ni memang bermasalah sejak dibawah ketiak Sammy Vellu lagi. Kerja kerja yang dibuat tidak memuaskan, hanya sekadar melepaskan "air geli di bawah tangga flat".

Harap kerajaan dapat memantau JKR terutamanya para pegawai. Elok juga SPRM menjengah dan melihat mereka. Mana tahu ada ada lubang tikus didalam pentadbiran mereka.
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger