Headlines News :
Home » » Lesen runcit tetap wajib

Lesen runcit tetap wajib

Written By Scud on Sunday, June 6, 2010 | 11:47 AM

PUTRAJAYA 5 Jun - Kerajaan tidak akan berganjak daripada keputusannya mewajibkan para peniaga memiliki lesen runcit untuk menjual barangan kawalan meskipun dibantah segelintir pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya menegaskan, jika peniaga terbabit enggan mendapatkan lesen runcit, kerajaan sedia memberikannya kepada pihak lain yang berminat.

''Apa yang kita buat adalah untuk kebaikan semua pihak dan menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi kepentingan pembekal, peniaga dan pengguna. Jika terdapat peniaga yang tidak mahu memohon lesen itu, kita akan berikannya kepada orang lain yang berminat bagi menjual barangan terkawal seperti gula, tepung dan minyak masak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas maklum balas negatif beberapa pihak terhadap keputusan kerajaan mewajibkan peniaga memiliki lesen bagi menjual barangan kawalan berkuat kuasa serta-merta.

Rabu lalu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan mahu keputusan itu ditarik balik dan meminta agensi penguat kuasa meningkatkan kawalan di sempadan bagi membanteras kegiatan penyeludupan keluar barangan kawalan.

Kata Ismail Sabri, peraturan sama pernah dilaksanakan pada tahun 50-an tetapi ditarik balik pada 80-an kerana didapati tidak berkesan.

Beliau menyatakan, maklum balas negatif itu mungkin timbul ekoran terdapat persepsi bahawa ia membebankan peruncit terutama di luar bandar dan pekan-pekan kecil.

Sedangkan katanya, para peniaga hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 bagi mendapat lesen tersebut.

''Lesen itu dapat dikeluarkan dalam masa sehari sahaja dan ia hanya perlu diperbaharui dua tahun sekali. Saya yakin ia tidak akan membebankan para peniaga meskipun mereka menjual secara kecil-kecilan," katanya.

Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger