Headlines News :
Home » » Saman Saja PKR!

Saman Saja PKR!

Written By Scud on Saturday, June 26, 2010 | 11:44 AM

KUALA LUMPUR 25 Jun – Felda akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan beberapa pemimpin parti itu kerana didakwa menyiarkan laporan berunsur fitnah.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, empat artikel yang disiarkan dalam akhbar itu bagi edisi bertarikh 22 hingga 29 Jun merupakan satu tuduhan yang tidak berasas.

“Kita tidak akan berdiam diri apabila berita seumpama ini dilaporkan. Felda telah mendapatkan khidmat nasihat guaman dan akan memfailkan saman,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Perdana Felda di sini, hari ini.

Ditanya faktor sebenar pembangkang menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan Felda, Ahmad memberitahu, mereka sebenarnya dengki kerana kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa Felda hingga ke peringkat antarabangsa.

“Kita semua tahu Felda merupakan kubu (BN) dan sudah pasti pembangkang akan menyerang habis-habisan,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Memang patut disaman! Mereka ini semua terlalu biadap! Mak bapak tak pernah mengajar, memang inilah jadinya bila dah tua. Jahat macam yahudi zionis.

Kasi saman sehingga mereka muflis. Suratkhabar pas, pkr dan dap semuanya cerita fitnah. Sebab itulah mereka beriya iya mahu mansuhkan akta percetakan supaya senang mereka sebarkan fitnah.

Dalam masa sama, pihak Felda perlu melihat bahawa ada peneroka sendiri yang menjadi pengkhianat. Mereka inilah yang sentiasa menyebarkan fitnah terhadap kerajaan dikalangan peneroka peneroka lain.
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger