TUMPAT 29 Julai _ Parti-parti politik di negara ini diingatkan agar tidak melampaui batas ketika berpolitik sehingga boleh menimbulkan kesan buruk kepada keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti politik terbabit tidak bertanggungjawab kepada masa depan negara sekiranya mereka tidak memberikan perhatian terhadap perkara tersebut.
Beliau turut bimbang jika cara politik melampaui batas itu diteruskan parti-parti terbabit kerana ia akan menghancurkan keharmonian dan pembangunan yang dicipta sejak berpuluh tahun lalu.
“Sebab itu saya tekankan ada batasan dalam politik kerana semuanya dilihat dalam konteks perkauman dan keagamaan. Ada had dan batasan untuk berpolitik dan bukan semuanya boleh dipolitikkan dan jika ia berlaku ia satu tindakan tidak bertanggungjawab kepada masa depan rakyat dalam negara ini.
Sumber : Utusan Malaysia
Ehh betul ke ni DS Hishamuddin yang bercakap ni? Kalau setakat bagi amaran demi amaran, baik tak payah bercakaplah Datuk. Buat kena gelak dek bebudak saja.
Baik tangkap saja sesiapa yang cuba cetuskan huru hara. Tu Anwar tu sepatutnya dah lama ditangkap. Buat merosakkan masyarakat dan negara saja kalau dia bebas. nik Aziz patut disiasat sama sebab banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat islam.
Jangan bila semuanya sudah terlewat baru nak bertindak. Nanti menyesal tak sudah.
2 comments:
Terimakasih kerana menjadi followers di Blog Tendang Terajang. Blog anda telah saya senaraikan di dalam Blog Followers 2 saya.
Aku yang bingai
Layakkah Mahasiswa Mengundi di Tendang Terajang
tq
Post a Comment