Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.
"Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar.
"Kita sebelum ini tidak tergamak cuba korek (rahsia) kerana cukup-cukuplah mereka sendiri menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kita tetapi kalau mereka tidak berada di atas landasan dan niat jujur akhirnya benda yang tidak baik akan keluar juga," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia. Hishammuddin berkata, beliau melihat tindak tanduk ketua pembangkang itu ketika ini hanya demi kepentingan politiknya semata-mata. - Bernama
Tinta Emas : Sudah tiba masanya DS Hishamuddin menguatkuasakan undang undang. Jangan terlalu berlembut sehingga musuh menyerang negara.
Apabila sudah melibatkan agensi negara asing, maka menjadi kewajiban untuk seseorang yang terlibat ditahan dan disiasat motif sebenar dia. Jawapan dan bukti sudah ada.
Janganlah ISA dijadikan seperti lambang atau papan tanda amaran dijalanraraya. Dimana pengguna langsung tidak mematuhi dan mempedulikan papan tanda berkenaan.
0 comments:
Post a Comment