Headlines News :
Home » » Perpecahan binasa kuasa politik Melayu

Perpecahan binasa kuasa politik Melayu

Written By Scud on Wednesday, July 7, 2010 | 12:21 PM

TANGKAK: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu supaya tidak berpecah-belah sesama sendiri sehingga akhirnya boleh menyebabkan kemungkinan orang Melayu kehilangan kuasa politik.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kuasa politik yang diperoleh orang Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu penting bagi memajukan mereka dalam pelbagai bidang terutama ekonomi.

Perpaduan adalah penting, jangan kita pecah-belah, di kampung juga jangan kita berbalah, jangan gaduh sesama sendiri, kita perlu bersatu untuk maju terutama dalam soal politik kerana jika kita berpecah, kuasa politik yang kita ada pada hari ini juga boleh hilang, katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Israk Mikraj di Masjid al-Ansar, Kampung Parit Raja, Gersik, dekat sini, semalam.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat dan Pegawai Daerah Ledang, Amran Abdul Rahman.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata bagi menentukan kuasa politik orang Melayu kekal, orang Melayu perlu bersatu kerana jika orang Melayu berpecah, sekali gus kuasa politik yang menentukan kemajuan dalam bidang ekonomi, sosial dan pelajaran juga akan hilang.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia walaupun hanya separuh daripada kira-kira 27 rakyat negara ini beragama Islam.

Sementara itu, Norainee berkata, peranan membina generasi masa depan negara bukan mudah dan bukan tugas satu pihak saja, sebaliknya ia memerlukan peranan semua masyarakat terutama kaum wanita serta badan bukan kerajaan. Katanya, semua pihak perlu peka terhadap perubahan sekeliling dalam usaha membendung gejala sosial yang semakin berleluasa.

Katanya, keprihatinan semua pihak terhadap isu di sekeliling mereka secara tidak langsung akan dapat membendung masalah sosial termasuk pergaulan bebas, penagihan dadah dan kes pembuangan bayi.
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger