KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas tidak akan mengurangkan aktiviti politik di bulan Ramadan walaupun ia kurang disenangi oleh pihak-pihak tertentu.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berpolitik bila-bila masa sahaja, malah politik dan agama dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.
“Politik dalam Islam ni sedaging (bercantum), geraknya Islam kerana politik dan politik pula menuruti Islam, tidak payah pakai istilah demokrasi, guna Istilah Islam,”katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Ihyat Ramadan di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan daripada beberapa pihak termasuk dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya aktiviti berparti dikurangkan bagi menghormati bulan Ramadan. Nik Abdul Aziz bagaimanapun berkata, terpulang kepada pemimpin Pas untuk menggunakan pendekatan berbeza dalam menjalankan aktiviti tersebut di bulan Ramadan ini.
Tu...dia tazkirah Ramadan oleh Nik Aziz kepada pejuang-pejuang PAS di bulan Ramadan Al Mubarak . Walaupun bulan Ramadan ini ialah bulan yang baik untuk kita menambahkan ibadah kita kepada Allah , tetapi bagi PAS akan tetap berpolitik dalam bulan yang umat Islam berpuasa ini kerana bagi mereka politik adalah 24 jam , 365 hari tanpa henti ( Non -stop ) selagi kerajaan BN tidak ditumbangkang.
PB tidak terkejut dengan PAS yang akan terus menjalankan aktiviti politik mereka walaupun mendapat cadangan beberapa NGO yang mahu aktiviti parti politik dikurang bagi menghormati bulan Ramadan . Sedangkan di masjid iaitu Rumah Allah pun mereka tidak hormat sehingga dijadikan pentas politik , inikan pulak bulan Ramadan di mana umat Islam berpuasa.
Politik adalah kuasa , jadi amanat Nik Aziz kepada penyokong2 taksub PAS supaya terus berpolitik di bulan Ramadan ini jelas menunjukkan mereka gilakan kuasa !
Sumber : Pejuang Bangsa
Sumber : Pejuang Bangsa
3 comments:
Apa nak heran? Rakyat pun ramai yang tarawih sepanjang malam di pentas karaoke Shah Alam. Tarawih sampai pagi lagi.
hehehehe
YB = Yang Bingai @ Bangang
1. Telco & Post - Program Tipu?
2. Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit
Salam..Politik PAS memang dari dulu macam tu, bulan puasa lagi hebat..maklumlah nak kekebun tak larat daripada dok saje baik mengata orang..tambah dosa sebakul dua lagi apa salahnya...Susah kalau dah lali..macam tu lah..
bingai: tu terawih ajaran baru pas hahaha
udanggalah: puak mereka memang tak pernah hormatkan bulan ramadhan.
Post a Comment