Headlines News :
Home » » Peniaga Desak Kerajaan PAS Kelantan Tunai Janji Bina Pasar

Peniaga Desak Kerajaan PAS Kelantan Tunai Janji Bina Pasar

Written By Scud on Friday, July 8, 2011 | 7:30 PM

PASIR PUTEH: Lebih 400 peniaga kecil yang menjalankan perniagaan dalam Pasar Besar Pasir Puteh mendesak kerajaan Pas Kelantan supaya menunaikan janji untuk membina pasar baru di situ.

Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Besar Pasir Puteh, Kamarzaman Che Ngah, berkata pasar yang ada sekarang perlu dibina semula memandangkan keadaannya tidak sesuai lagi kerana tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi manakala atapnya banyak yang bocor dan tempat meletak kenderaan yang terhad.

Terdapat kain rentang yang dipasang di pagar pasar itu seharis sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Kelantan pada Sabtu lepas yang menyebut bahawa kerajaan negeri akan membina pasar baru di situ.

Kamarzaman menyambut baik hasrat kerajaan negeri itu tetapi pemimpin-pemimpin negeri diharap tidak akan berdolak-dalih mengenainya.

Seorang peniaga peralatan dapur, Bakar Awang Besar, 70, berkata pasar yang ada sekarang panas kerana bumbungnya terlalu rendah selain bocor manakala peniaga barang runcit, Ghazali Mamat, 51, pula melahirkan rasa bimbang kebakaran berlaku disebabkan sistem pendawaian yang sudah lama.- BERNAMA
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger