Headlines News :
Home » » Polis Lulus Segera Permit Perhimpunan Luar KL - Hishammuddin

Polis Lulus Segera Permit Perhimpunan Luar KL - Hishammuddin

Written By Scud on Friday, July 8, 2011 | 7:24 PM

KUALA LUMPUR: Polis akan memberi permit kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan di luar Kuala Lumpur Sabtu ini.

"Kelulusan boleh diperoleh segera.

"Semua permohonan di mana-mana stadium dalam Kuala Lumpur ditolak.

"Polis dan kerajaan telah bersikap adil kepada semua pihak dan menawarkan permohonan berhimpun di stadium di luar Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat

Pemuda Umno dan Bersih 2.0 telah memohon untuk berhimpun di Stadium Merdeka sementara Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu Stadium Titiwangsa sebagai lokasi mereka berhimpun.

Dalam pada itu, Hishammuddin menegaskan, pihak berkuasa akan bertindak dengan apa cara sekalipun mengikut pertuntukan undang-undang kepada mereka yang sengaja melanggar undang-undang.

"Bagi polis dan kementerian saya, keselamatan awam merupakan keutamaan," katanya.
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger