Headlines News :
Home » » Beri Peluang Guru Mentadbir

Beri Peluang Guru Mentadbir

Written By Scud on Wednesday, September 21, 2011 | 9:20 PM

Guru sewajarnya diberi peluang mentadbir dalam semua bidang sama ada di peringkat Kementerian Pelajaran, jabatan pelajaran negeri dan daerah sejajar dengan transformasi pendidikan yang dilaksanakan sekarang.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, justeru itu, guru-guru yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas pentadbiran perlu diberi pendedahan pengurusan sesuatu bidang supaya dapat menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin.

"Pada pendapat saya, adalah wajar untuk memilih guru sebagai pentadbir dalam institusi pendidikan kerana sekiranya golongan yang bukan daripada warga pendidik dan tidak mengetahui selok-belok dalam kemahiran pendidikan, berkemungkinan akan membantutkan perjalanan organisasi itu sendiri.

"Oleh itu, guru-guru perlu diberi peluang sebagai pentadbir di semua peringkat kementerian bagi melicinkan pelaksanaan dasar kerajaan dalam organisasi itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam dan perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGLMSM) di sini, semalam.

Hadir sama Presiden KGLMSM, Jemale Paiman.

Menurutnya, pihak kesatuan perlu membela kebajikan golongan tersebut supaya tidak menjadikan mereka antara penjawat awam yang kecewa dan membawa kemudaratan dalam sesuatu organisasi, sekali gus merumitkan sistem pendidikan negara.

"Guru bekerja dengan manusia dan mereka bukan jentera. Hati mereka perlu dijaga dan apabila hati seronok, maka segala tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna," jelasnya.

Beliau bagaimanapun meminta golongan itu sentiasa bersyukur kerana kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan faedah kepada mereka ketika ini.

Adnan juga berharap guru di semua peringkat terus menabur bakti dan memajukan anak bangsa melalui pendidikan, di samping menjadi ejen perubahan kepada masyarakat setempat.
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger