Adakah nasib malang UMNO Kelantan akan berakhir? Sebenarnya secara teori dan praktikal mereka sudah boleh menawan kembali negeri itu daripada Pas tetapi kerana masalah yang dicetuskan sendiri, akhirnya semua ternganga dan menggigit jari. Budaya cah keting dan perasaan tidak ingin menang pilihan raya di kalangan pemimpin UMNO menjadi antara bahan jenaka penduduk negeri itu ketika waktu santai.Ulasan saya: Mungkin benar kata sesetengah orang yang PAS Kelantan bukanlah kuat. Tetapi disebabkan sikap pemimpin UMNO Kelantan yang berpecah belah telah menyebabkan mereka tidak dapat menawan Kelantan.
"Pas bukannya kuat sangat tetapi masalahnya UMNO sendiri yang 'tok sea' (tidak mahu) menang, jika menang projek akan masuk melalui Menteri Besar tetapi jika kalah projek dapat kepada Ketua Bahagian."
Membaca lagi klik sini
KuLi sekarang seolah olah mencabar UMNO didalam isu royalti minyak Kelantan. Sedangkan beliau sendiri ahli MP. Jadi dimana perpaduan UMNO? Para pemimpin saling bercakaran semata mata menjaga isi perut sendiri.
Pimpinan PAS disokong oleh fahaman asabiyah pengikut mereka. Itu memang kita tidak boleh sangkalkan.Tetapi masih ramai rakyat Kelantan yang tidak terikat dengan fahaman hubungan "Tok Guru-Pengikut" ini. Dan mereka inilah yang perlu kita tolong. Perlu dibantu. Supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa.
UMNO Kelantan harus lebih mendekatkan diri dengan rakyat. Sekiranya UMNO negeri lain bekerja 8 jam sehari, mereka harus bekerja 24 jam sehari. Ini kerana sudah terlalu lama PAS menguasai Kelantan sehingga mengabaikan rakyat. Dan inilah masanya UMNO bertindak.
0 comments:
Post a Comment