Headlines News :
Home » » Anuar Ibrahim Ejen CIA

Anuar Ibrahim Ejen CIA

Written By Scud on Sunday, July 11, 2010 | 2:13 PM

KUALA LUMPUR 10 Julai - Selepas dilaporkan tunduk kepada pelobi Yahudi dalam isu Palestin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa pula sebagai 'alat' kepada agensi perisik Amerika Syarikat iaitu Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Lebih menarik dakwaan itu bukannya dilemparkan oleh tokoh tempatan tetapi didedahkan sendiri oleh penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis melalui artikelnya, CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated.

Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa itu di Malaysia.

"Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segalanya dan mereka merupakan ejen CIA yang menyamar (Anwar is a CIA creature. That is, he is not an 'agent' but rather, a 'tool'. His list of buddies proves this: they are all undercover CIA)," katanya seperti yang dipetik dalam blog, Culture of Life News.

Pendedahan oleh Meinel Supkis itu dibuat selang sehari selepas Presiden Trevino Strategies and Media Inc., Joshua Trevino mendakwa, Anwar membiayai program temu bualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini.

Temu bual tersebut dakwa Trevino, terpaksa dilakukan dalam usaha Anwar - yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai kelompok Yahudi - meyakinkan kembali para pelobi Yahudi tersebut bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Dalam pada itu, tambah Meinel Supkis dakwaan bahawa ketua pembangkang itu merupakan alat kepada CIA, turut disokong oleh kenyataan rakan rapat Anwar sendiri iaitu Paul Wolfowitz.

Menurutnya, Wolfowitz yang juga bekas Presiden Bank Dunia dilaporkan sebagai berkata: "Apa yang dilakukan oleh Anwar (kenyataan anti-Yahudi) salah tetapi memikirkan bahawa beliau sedang berjuang untuk dirinya serta karier politik selepas dilabelkan sebagai boneka Yahudi, kecuaian itu perlu diperbetulkan."

Meinel Supkis yang merupakan penentang kepada penguasaan Yahudi di Amerika Syarikat dalam tulisannya itu menyatakan, tiada yang lucu dan membanggakan menjadi seorang alat kepada CIA yang juga dakwanya turut dikuasai oleh pelobi Yahudi.

"Saya harap dia tidak menjadi mangsa kepada operasi ini. Anwar merupakan seorang pemimpin yang karier politiknya sudah tertutup tetapi terus dipaksa oleh Yahudi yang mempunyai kepentingan," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Tinta Emas : Hahaha sudah terbukti bahawa memang Anuar adalah ejen CIA dan juga yahudi zionis. Dari sini kita sudah boleh tahu mengapa Anuar beriya iya benar mahu menjadi PM. Ini kerana beliau diarahkan oleh "tuannya" untuk menjadikan Malaysia sebagai proksi yahudi di asia tenggara.

Buat penganut PAS, bertaubatlah dengan sebenar benar taubat, Jangan diikut dengan telunjuk pengikut yahudi zionis.

Share this article :

6 comments:

Anonymous said...

saudara yi..kalau amerika nak kan malaysia dia boleh buat mcm iraq dan afghanistan--(sapa berani lawan)..tak payah pakai anwar pun

Anonymous said...

saudara..amerika tak boleh lakukan seperti iraq dan afghanistan pada malaysia. sbb dagangan antara malaysia mahupun ASEAN-US akan terjejas teruk. Begitu juga dengan rantau Asean/Asia. Mereka tak kan ambik risiko. Menguasai sebuah negara Islam yang sukar tunduk pada barat hanya dapat dijatuhkan melalui politik tanpa memberi impak serta risiko terhadap kesan pada US/yahudi. Biasanya Yahudi benci pada pemimpin Islam termasuk Dr.M, tetapi kenapa Anwar mempunyai terlalu ramai rakan di kalangan pelobi Yahudi di US?..fikir fikirkan..jgn kerana parti/politik..kita tutup sebelah mata..

Scud said...

anon: setuju dengan pendapat tu. Amerika tak boleh serang malaysia tanpa alasan kukuh kerana sistem pentadbiran malaysia bukan seperti Iraq dan afganistan.

Semua orang tahu malaysia amalkan demokrasi kerana itulah amerika tidak boleh menyerang dengan nama kebebasan demokrasi.

tetapi puak yahudi dan nasrani tidak akan sesekali berhenti dari menghancurkan negara islam. mereka akan menggunakan cara halus.

dan anuar adalah salah satu cara halus mereka.

Anonymous said...

Semakin hari semakin banyak tembeleng Anwar didedahkan. Sedarlah,saudara saudari. Jangan kerana berpolitik, apa yang tidak baik, dihalalkan. Bertaubatlah....

Anonymous said...

"Lebih menarik dakwaan itu bukannya dilemparkan oleh tokoh tempatan tetapi didedahkan sendiri oleh penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis melalui artikelnya, CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated."

Kalau betul dia alat CIA, naper plak CIA dan Mossad nak bunuh dia? Tak ke bodoh namanya? Sama macam kita kata: "Ini kereta saya, saya nak bakar kereta saya". Gilo ke apo?

Talhah said...

Kepada Anonymous July 11 2020 11:04 PM

Kalau keta tu membahayakan kau mesti ko bakarlah.

ko pusing kanan dia pergi kiri. Bini ko nak pergi jamban sakit perut, kete ko bawak ko dengan bini ko ke rumah ex gilfren ko yang masih slim lagi cantik dan halus kulitnya serta pengamal Kopi Janda.

Macam mana ko tak mengamuk. Last last ko nak bakar juga kete ko tu.

Yang lagi best kalau lepas kerete ko kena bakar ko tuduh musuh ko bakar kereta tu. Ingat Aquino (Benigno Aquino suami Corazon Aquino) Filipina. Tumbang kerajaan Marcos.

Banyak untung boleh dapat kalau puak puak ni tembak Anwar. Contohnya lepas tembak Anwar tu tuduh musuh Anwar tembak. Lepas tu Kerajaan malaysia sekarang tumbang lantik orang diaorang jadi PM. Silap Silap Sistem beraja pun tumbang. Ala konon konon nak buat sistem President. Satu kepala di atas senang sikit nak kontrol malaysia. Kalau sistem beraja kang susah pulak sebab ada banyak Sultan.

Satu dunia kena tipu masa nak jatuhkan Iraq dan Sadam Hussain brother.

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger