Headlines News :
Home » » Anuar Mahu Menghancurkan Melayu Dan Negara

Anuar Mahu Menghancurkan Melayu Dan Negara

Written By Scud on Friday, August 6, 2010 | 10:34 AM

MENGAMBIL bahagian dalam politik adalah satu tindakan yang mulia dan berfaedah sekiranya penglibatan ini diniatkan untuk mencari keredaan Allah SWT.

Bergiat dalam politik untuk menerajui kuasa pemerintahan sepatutnya dijadikan sebagai landasan untuk seseorang itu melaksanakan amanah bagi membawa rahmat ke seluruh alam. Surah al-Anbia' ayat 107 menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW, serta para Nabi dan Rasul yang lain, diamanahkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. Oleh itu, setiap orang yang beriman wajiblah mencontohi para rasul melaksanakan amanah ini demi kesejahteraan alam.

Seseorang yang berhasrat untuk bergiat aktif dalam politik perlu membetulkan niatnya terlebih dahulu supaya tidak dipengaruhi oleh kepentingan dan kemewahan dunia semata-mata. Tujuan utama seseorang itu melibatkan diri dalam politik adalah untuk melaksanakan maqasid syar'iyyah bagi membawa kebaikan (maslahat) dan menghilangkan kemudaratan (mafasid) kepada manusia.

Melaksanakan maqasid syar'iyyah bererti menjaga dan memelihara lima perkara utama iaitu kesucian agama, keselamatan nyawa, kemurnian dan kewarasan akal, kehormatan keturunan dan maruah diri, dan pemilikan harta benda. Oleh itu, politik yang mendasari Islam sebagai rujukan adalah amat dituntut. Tingkah laku dan pandangan seseorang pemimpin yang adil mestilah terikat dengan kerangka maqasid syar'iyyah.

Dalam konteks sebuah negara bercirikan Islam seperti Malaysia, urusan pemerintahan haruslah selari dengan ciri-ciri Islam yang ada di dalam negara ini. Walaupun Islam adalah agama rasmi Persekutuan, namun Perlembagaan tidak menyekat penganut agama lain mengerjakan ibadat mereka. Ini bersesuaian dengan ajaran Islam yang melarang umatnya menghina agama-agama lain. Oleh sebab sifatnya yang sejagat, syariat Islam diturunkan untuk semua manusia, tempat dan masa. Ia mampu memenuhi keperluan manusia dan tidak menyusahkan dan menghalang manusia mencapai kemajuan.

Seperti mana yang disebut tadi, para ahli politik harus meyakini bahawa pemerintahan yang berlandaskan Islam menjamin keadilan kepada semua. Oleh itu, setiap pemimpin politik yang menentukan dan mempengaruhi hala tuju pembentukan dasar negara harus ingat bahawa tanggungjawab yang telah diamanahkan wajib dilaksanakan.

Kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini bukan sahaja dimurkai Allah SWT, bahkan menyekat keadilan serta membawa manusia kepada kezaliman. Bertepatan dengan peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila dikhianati amanah maka tunggulah kiamat. Lalu ditanya, 'wahai Rasulullah bagaimanakah mengkhianatinya?',. Sabda baginda: "Apabila diserahkan kepimpinan bukan kepada ahlinya maka tunggulah kiamat."

Kemampuan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini memerlukan seseorang itu memiliki sikap amanah dan jujur serta tahap kelayakan yang tinggi. Sekiranya kelayakan dari segi fahaman agama, akal, sikap dan kudratnya tidak dimiliki, dengan mudah mereka akan terpesong dengan naluri kerakusan kuasa dan kekayaan yang suatu hari nanti memakan dirinya sendiri.

Share this article :

2 comments:

Bingai @ Bangang said...

Aku tak fikir dia nak hancurkan Melayu. Tindakannya lebih daripada survival untuk diri dan kepentingannya sendiri sehingga sanggup menghancurkan MELAYU, NEGARA DAN ISLAM!

Aku yang bingai
Artis: Benci Tapi Tak Boleh Lupa di Tendang Terajang

Scud said...

sama je tuh bro

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger