Headlines News :
Home » » Putrajaya Bandar Selamat?

Putrajaya Bandar Selamat?

Written By Scud on Monday, August 9, 2010 | 9:15 AM

JIKA anda sedang memandu di sekitar Putrajaya ketika ini sambil telefon bimbit di telinga, dua tiga hari kemudian pasti surat saman menyusul.

Di suatu insiden lain pula, seandainya seseorang ternampak ada sesuatu yang tidak kena di kawasan kejiranan, misalnya sekumpulan anak muda membawa masuk perempuan bukan muhrim ke rumah atau gejala maksiat berlaku, beberapa minit kemudian, pasti menyusul jabatan agama ke situ.

Bukan kerana saman ekor pada insiden pertama tadi atau juga kebetulan pasukan peronda berada di kawasan kejiranan dalam kejadian kedua. Sebaliknya semua ini berpunca daripada kamera litar tertutup (CCTV).

Ini kerana Putrajaya atau lebih dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Persekutuan yang beroperasi lebih sedekad lalu, kini dilengkapi sepenuhnya pemantauan sekitar dengan CCTV.

Dari Presint 1 sehingga ke kawasan perkuburan Presint 20, semuanya dipantau dengan lebih 150 unit litar berkenaan.

Bagaimana ia beroperasi dengan cekap? Katakan esok, anda tiba-tiba ternampak satu kejadian ragut di Presint 16, lantas panggilan dibuat ke Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Putrajaya. Menerusi kerjasama dengan Telekom Malaysia (TM), CCTV berkenaan akan zoom ke tempat kejadian dan ia terus dipancarkan ke Pusat Kawalan Polis IPD.

Bayangkan dalam tempoh 20 saat sahaja, selepas panggilan kecemasan diterima sama ada membabitkan insiden ragut, kemalangan jalan raya atau kebakaran, CCTV akan mula bertanggungjawab memfokus ke sasaran lokasi kejadian.

Sejumlah 388 daripada 1,525 CCTV baru itu akan difokuskan di empat negeri 'panas' melibatkan 14 pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sebelum itu, pemasangan 1,710 CCTV dilakukan untuk pelbagai tujuan antaranya berfungsi sebagai pemantau trafik atau menjaga keselamatan premis.

Di Putrajaya, dengan adanya CCTV, pasti agak mustahil untuk peragut meloloskan diri kerana setiap inci pergerakan mereka boleh dikesan.

Apatah lagi dengan landskap jalan di Putrajaya dengan setiap sudut dikekang lampu isyarat pasti menyukarkan tindakan jahat si peragut.

Sumber : Utusan Malaysia

Hahahaha betul ke benda ni? Adakah benar keselamatan Putrajaya sudah mencapai tahap itu? Atau sekadar bayangan si penulis tentang bandaraya selamat di Malaysia?

Aku tak salahkan penulis sebab semua orang berhak berimpikan sebuah kawasan yang selamat. Tetapi yang buat aku tak percaya adalah sikap pegawai kerajaan itu sendiri. Adakah benar semua kamera litar tertutup itu benar benar boleh digunakan. Atau sekadar perhiasan sahaja?

Dan juga, jika benar ada aduan, adakah benar pihak berwajib akan sampai secepat itu? Atau berlengah lengah seperti kebiasaan?

Dan adakah projek ini hanya mengenyangkan individu individu tertentu?

Jangan selepas ini ianya hanya menjadi projek gajah putih. Kamera sudah dipasang tetapi tidak digunakan secara efektif. Ataupun rosak dengan tidak diganti langsung. Sekadar menjadi alat hiasan atau sebagai amaran sahaja.

Dan akhirnya wang rakyat dibazirkan begitu sahaja. Semata mata mahu tonjolkan Putrajaya sebagai bandar yang canggih dan hebat. Sedangkan ianya hanya indah dimata tetapi buruk didalam.

Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger