Headlines News :
Home » » 35 Barangan Dikenal Pasti

35 Barangan Dikenal Pasti

Written By Scud on Thursday, July 7, 2011 | 7:45 PM

PUTRAJAYA 7 Julai – Kerajaan telah mengenal pasti 35 jenis barangan keperluan yang diletakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 berikutan peningkatan harga barangan berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga di pejabatnya di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, langkah itu adalah berdasarkan kepada keperluan pengguna dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kita tumpukan kepada pengguna yang berpendapatan sederhana atau pun rendah kerana mereka ini mungkin rasa tertekan dengan kenaikan harga barang.

"Jadi, kita tahu apa produk... mungkin 35 barangan itu, produk yang akan kita beri tumpuan. Kalau nak ambil semua ada beribu jenis barang. Kita fokus kepada barangan keperluan,” katanya.

Muhyiddin berkata, 35 jenis barangan itu, antaranya ayam dan telur ayam, daging lembu tempatan, daging babi, pisang, tembikai, ikan cencaru, ikan selar, udang putih, kobis putih, bawang besar merah India, bawang kecil India, sardin, Milo dan susu. – Bernama
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger