Headlines News :
Home » » Menu 1Malaysia

Menu 1Malaysia

Written By Scud on Thursday, July 7, 2011 | 7:46 PM

KUALA LUMPUR 7 Julai — Mulai hari ini, rakyat boleh menikmati sarapan pada harga siling RM2 dan set juadah tengah hari pada harga RM4 di 728 premis makanan di Semenanjung Malaysia, yang mengambil bahagian dalam program ”Menu Rakyat 1Malaysia”.

Dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di premis ”Q” Bistro Nasi Kandar di sini hari ini, program itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian rakyat, yang kini menyaksikan lebih ramai makan di luar.

"Rakyat kalau kita tengok sekarang, sudah jarang makan tengah hari di rumah, kadang-kadang makan pagi pun tak sempat, jadi dengan pelancaran program menu ini, rakyat boleh membelanjakan hanya RM6 untuk makan pagi dan tengahari di kedai-kedai terpilih,” katanya kepada media selepas melancarkan program itu.

Ismail Sabri berkata, premis makanan terbabit dijangka meningkat kepada 1,000 termasuk di Sabah dan Sarawak, sebelum hujung tahun ini.

Beliau berkata, mereka yang ingin menyertai program itu boleh mendapatkan maklumat lanjut dari pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri. - Bernama
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger