Headlines News :
Home » » Bonggol Terlalu Tinggi

Bonggol Terlalu Tinggi

Written By Scud on Monday, February 22, 2010 | 1:52 PM


AMPANG: Penduduk Kampung Datuk Mufti di sini meminta pihak berkuasa mengkaji semula saiz dan ketinggian bonggol jalan dibina di situ kerana terlalu tinggi hingga merosakkan bahagian bawah kenderaan.

Tinjauan Harian Metro mendapati bonggol merentangi laluan di Jalan Rahman Hasyim itu dibina Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dilengkapi papan tanda serta garisan kuning. Bagaimanapun, penduduk mendakwa bonggol itu dibina terlalu tinggi, tidak rata dan sekali gus membahayakan pemandu kenderaan sering melalui laluan itu.

Penduduk, Rohayu Mohd Yusof, 24, berkata, pembinaan bonggol itu bukan saja menyusahkan penduduk, malah orang luar yang kali pertama memasuki kawasan berkenaan walaupun dilengkapi papan tanda amaran mengenai kewujudan bonggol itu. “Saya hairan MPAJ membina bonggol itu terlalu tinggi berbanding bonggol lain.

Ia bukan saja mengundang risiko kemalangan malah penduduk sering mengeluh kerana kerap berlaku masalah ketika melaluinya. “Memang diakui terdapat banyak kebaikan membina bonggol di kawasan itu antaranya pemandu memperlahankan kenderaan dan mengelak penunggang motosikal memecut di laluan itu tapi jika terlalu tinggi, sudah tentu membahayakan penduduk,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, ketinggian bonggol itu menyusahkan kerana adakalanya terpaksa menurunkan penumpang terlebih dulu bimbang kenderaan bergesel bonggol. “Kami tidak membantah bonggol dibina di taman perumahan ini tapi biarlah tidak menyusahkan.

“Kami merayu MPAJ mengatasi masalah itu dan mengambil tindakan segera sebelum kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger