Tindakan model Manohara Odelia Pinot beraksi mesra dengan Amil Mohede sehingga mencium lelaki tersebut boleh menyebabkan dirinya nusyuz atau derhaka kepada suami.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Ralip berkata, Manohara masih lagi isteri yang sah kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry ibni Sultan Ismail Petra.
Beliau berkata, sebagai isteri, Manohara perlu menjaga maruah diri dan menjauhi perlakuan yang boleh menyebabkan nusyuz terhadap suami.
Dia wajib berada di sisi suami dan bukannya melakukan sesuatu yang memalukan. Apatah lagi masyarakat memandang aksi sebegitu tidak sopan, tidak bermaruah sementara hukumnya pula haram," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ulasan saya: Sudah tiba masanya Manohara ini diceraikan. Perbuatannya tidak memelikkan. Sudah begitu cara Indonesia. Lagipun diakan artis. Budaya mereka adalah berbeza dengan budaya Malaysia.
Malah pada Manohara sendiri, dia sendiri sudah tidak menganggap Tengku Temenggong Kelantan adalah suaminya. Jadi mengapa masih lagi tidak mahu menceraikan Manohara. Ini boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpedaya dengan wanita asing.
Home »
» Manohara Derhaka ?
0 comments:
Post a Comment