Mulai 1 Mac ini, semua stesen radio diwajibkan memutarkan lagu-lagu daripada album atau “single” terbaru artis tempatan untuk tempoh tertentu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Beliau berkata, langkah itu juga akan menjadi antara syarat pemberian lesen stesen radio dan beliau percaya pemegang lesen stesen radio tidak akan keberatan untuk mematuhi arahan itu.
Arahan itu akan dikuatkuasakan mengikut Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 supaya stesen radio mempromosikan lagu-lagu tempatan memandangkan usaha itu didapati masih kurang diutamakan, katanya.
Ulasan saya: Memang patut sejak dahulu Kementerian Penerangan harus bertindak tegas terhadap mereka. Station radio swasta terlalu banyak memutarkan lagu algu asing terutama dari Indonesia.
Sebenarnya station radio swasta ini terlalu banyak mempromosikan lagu asing sedangkan lagu anak tempatan tidak diberi tempat. Kononnya lagu tempatan tidak berkualiti tetapi siapakah mereka untuk menentukan sesuatu lagu itu berkualiti atau tidak?
Yang menentukan adalah pendengar. Sebenarnya pendengar sendiri tidak mengetahui seseorang artis Malaysia mempunyai album baru kalau radio swasta sendiri tidak memainkan lagu dari album tersebut. Kalau mereka tahu, mereka tak akan pilih lagu asing.
Didalam usaha kerajaan mahu mengawal pendatang asing, station radio swasta tidak sepatutnya bertindak menyongsang arus dengan memainkan lagu lagu asing!
Home »
» Station Radio Wajib Mainkan Lagu Tempatan
0 comments:
Post a Comment