Tiba-tiba ramai pula kelihatannya ingin menjadi hero, pembela malah melabelkan pihak berkuasa berkenaan dengan pelbagai nama. Mereka telah diadili sambil memberikan justifikasi hanya melalui laporan pelbagai media.
Malangnya, pihak pengurusan kanan polis sendiri nampaknya menjadi seperti buntu sehingga bertindak latah dalam memberikan respons secara tidak profesional dan menggambarkan ego yang tinggi tanpa menurut prosedur amalan komunikasi yang berhemah.
Sumber:Utusan Malaysia
Suasana semakin panas. Solah olah menjadi trend sekarang, polis tembak orang. Lepas ini berhati hatilah. Mana tahu anda pula menjadi sasaran berikut.
Tapi aku sokong juga. Maka lepas ni harap takutlah orang nak lakukan jenayah. Mana taknya, meragut terus kena tembak, merompak terus kena tembak. Harap lepas ini merempitpun terus je tembak. Tak payah nak tahan tahan. Tak payah masuk mahkamah. Siapa buat salah terus kena hukum.
Lepas ni ramai ramai pakat jadi cowboy haha
2 comments:
Kekadang kita kena hakikat bahawa tindakan sebegini wajar dilakukan oleh pihak Polis....
lihat sajalah keadaan dalam negara sekarang, manusia semakin maju, dakwah semakin meluas, tetapi pemikiran manusia yang melakukan jenayah macam dalam zaman jahiliah, semakin berleluasa sehingga tidak peduli dengan undang-undang dan keamanan masyarakat lain...
iya tetapi mengapa bila jadi satu kes,mengapa pula harus berlaku kes lain. Sudahlah kes budak kena tembak kepala. Tiba tiba ada pula polis menembak budah menaiki motor.
sepatutnya pihak polis lebih berhati hati apabila kes pertama sudah terjadi. adakah mereka tidak mengambil iktibar?
walaubagaimanapun saya tetap menyokong polis membanteras jenayah.
Post a Comment