Headlines News :
Home » » Hunting Season

Hunting Season

Written By Scud on Tuesday, May 11, 2010 | 11:52 AM

KES remaja di Negeri Sembilan ditembak polis semacam satu ulangan cerita Luncai yang diolah dengan rumbu-ramba yang berbeza. Sebelumnya seorang remaja ditembak hingga menemui ajalnya di Selangor, entah esok lusa siapa pula yang akan menjadi mangsa?

Tiba-tiba ramai pula kelihatannya ingin menjadi hero, pembela malah melabelkan pihak berkuasa berkenaan dengan pelbagai nama. Mereka telah diadili sambil memberikan justifikasi hanya melalui laporan pelbagai media.

Malangnya, pihak pengurusan kanan polis sendiri nampaknya menjadi seperti buntu sehingga bertindak latah dalam memberikan respons secara tidak profesional dan menggambarkan ego yang tinggi tanpa menurut prosedur amalan komunikasi yang berhemah.

Sumber:Utusan Malaysia

Suasana semakin panas. Solah olah menjadi trend sekarang, polis tembak orang. Lepas ini berhati hatilah. Mana tahu anda pula menjadi sasaran berikut.

Tapi aku sokong juga. Maka lepas ni harap takutlah orang nak lakukan jenayah. Mana taknya, meragut terus kena tembak, merompak terus kena tembak. Harap lepas ini merempitpun terus je tembak. Tak payah nak tahan tahan. Tak payah masuk mahkamah. Siapa buat salah terus kena hukum.

Lepas ni ramai ramai pakat jadi cowboy haha

Share this article :

2 comments:

YANG GAMBI said...

Kekadang kita kena hakikat bahawa tindakan sebegini wajar dilakukan oleh pihak Polis....
lihat sajalah keadaan dalam negara sekarang, manusia semakin maju, dakwah semakin meluas, tetapi pemikiran manusia yang melakukan jenayah macam dalam zaman jahiliah, semakin berleluasa sehingga tidak peduli dengan undang-undang dan keamanan masyarakat lain...

Scud said...

iya tetapi mengapa bila jadi satu kes,mengapa pula harus berlaku kes lain. Sudahlah kes budak kena tembak kepala. Tiba tiba ada pula polis menembak budah menaiki motor.

sepatutnya pihak polis lebih berhati hati apabila kes pertama sudah terjadi. adakah mereka tidak mengambil iktibar?

walaubagaimanapun saya tetap menyokong polis membanteras jenayah.

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger