Headlines News :
Home » » RM84.3 Juta Skim Pinjaman Besar Rumah

RM84.3 Juta Skim Pinjaman Besar Rumah

Written By Scud on Thursday, July 7, 2011 | 12:52 PM

Felda meluluskan sebanyak RM84.3 juta kepada 2,736 peneroka di bawah skim pinjaman pembesaran rumah membabitkan 37 tanah rancangan Felda Wilayah Jengka sehingga akhir bulan Mei lalu.

Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, pinjaman itu membolehkan peneroka membaik pulih rumah supaya lebih luas, selesa dan seronok untuk didiami.

Menurutnya, skim pinjaman pembesaran perumahan itu diwujudkan khas oleh Felda bagi membantu peneroka Felda mendapat dana membesarkan rumah berikutan jumlah ahli keluarga yang semakin bertambah.

Beliau berkata, skim itu masih diteruskan supaya lebih ramai peneroka mendapat pinjaman pembesaran rumah pada masa akan datang.

''Suasana penempatan Felda Wilayah Jengka lebih kondusif di samping persekitaran yang lebih ceria, bersih dan indah," katanya.

Kata Saari, Felda turut memberi penekanan terhadap usaha meningkat pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan generasi pertama dan kedua Felda.

Tambahnya, Felda menyediakan skim pinjaman komputer kepada peneroka dan generasi baru Felda.

Sehingga akhir bulan lalu, beliau memberitahu, sebanyak RM695,000 dikeluarkan kepada 284 pelajar sekolah dan universiti tempatan.

Tambahnya, Felda Wilayah Jengka juga mengeluarkan perbelanjaan pinjaman pendidikan tinggi kepada 108 generasi baru Felda membabitkan RM1.19 juta sehingga akhir Januari lalu.

Menurutnya, segala bantuan itu membuktikan keprihatinan Felda untuk mengangkat martabat kaum peneroka setanding dengan masyarakat lain yang lebih maju.
Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pahang Post - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger